Rawatan Percuma di AlphaOne

By | 27/04/2011

Salam semua,

Jika anda masih sakit dan mencari rawatan alternatif percuma serta berkesan, saya syorkan anda pergi ke Pusat AlphaOne yang ada di seluruh negara untuk mendapatkan terapi elektrik alphaone. Mesin terapi elektrik yang digunakan ialah

BIOS 9000 – Unit Terapi Medan Elektrik

Sinar Harapan untuk Kehidupan Dan Kesihatan yang Lebih Baik. Unit Terapi Medan Elektrik yang Dipercayai di Seluruh Dunia

 

  • Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
  • Membersihkan kotoran dalam saluran darah
  • Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal
  • Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
  • Membantu membina sel-sel baru

Alat Terapi Medan Elektrik BIOS 9000 meransang proses pemulihan tubuh badan menerusi aplikasi arus elektrik 9000v (maksimum). la direka bentuk dan dikilangkan 100% di Jepun oleh ITO Co. Ltd.

Alat ini mengadaptasi prinsip pemulihan semulajadi tubuh dengan menggunakan arus elektrik dari luar tubuh untuk menggalakkan revitalasi sel-sel tubuh serta meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit. Ia juga berupaya untuk mengurangkan tahap keasidan dalam darah dan mengembalikannya ke tahap Ph normal agar tubuh kekal sihat.

BIOS 9000 terbukti mampu membantu pesakit menangani pelbagai kesan akibat penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa perlu untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.

Sehingga kini, lebih 5000 unit BIOS 9000 telah terjual di seluruh Malaysia. Sebagai kaedah rawatan perubatan alternatif, ia selamat dan mudah digunakan. Direka bentuk secara eksklusif agar boleh dimuatkan dalam ruang yang paling minima, BIOS 9000 mudah dibawa ke mana-mana dan kualitinya dijamin 100%.

Ciri-Ciri Istimewa BIOS 9000

Terapi Boleh Dijalankan Dalam Pelbagai Postur Mengikut Keselesaan
Penggunaan pelapik khas berelektrod mudah alih membolehkan anda menjalani terapi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring, mengikut keselesaan anda.

Mudah Digunakan BIOS 9000 amat mudah dikendalikan, hanya tekan butang untuk melaras mengikut keperluan terapi yang diinginkan.

3 Pilihan Tahap Output
3000v, 6000v atau 9000v.

Penentu Masa Boleh Dilaras
Jangka waktu terapi boleh dilaras mengikut keperluan dari 30 minit, 1 jam, 2 jam, 4 jam dan 8 jam. Baki masa akan dipaparkan dalam minit.

Tiga Program Rawatan
Rawatan yang menggunakan tahap aliran arus elektrik yang sama akan menjadikan badan lali dan menjejaskan keberkesanan rawatan. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, tiga program stimulasi rawatan disediakan bagi mengekalkan konsistensi faedah yang diperolehi.

Rawatan Yang Fleksibel
Alat ini tidak hanya merawat keseluruhan anggota badan dengan penggunaan pelapik khas berelektrod. Malahan, ia juga boleh digunakan pada bahagian tertentu sahaja melalui aplikasi point electrode.

Pengiktirafan

ISO 9001: 2000
Quality System for Development, Production and Distribution of Physio-Therapy & Rehabilitation Equipment

ISO 13485
Medical Device
Quality Management Systems Physio-Therapy & Rehabilitation Equipment

ISO 14001
Environmental Management Systems

SIRIM
Satu unit alat Terapi Medan Elektrik Bervoltan Tinggi, Jenama ITO, Model: BIOS 9000 telah diuji bagi memastikan tahap keselamatan adalah selaras dengan piawaian MS lEC 60601-1:1988+A 1:1991 +A2:1995 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Ujian No. 2005EL0871 bertarikh 17 Februari 2006

Japan Medical Instrument Approval
No: 21700BZZ0005l

Keris Award 2008
The Asia Pacific International Honesty Enterprise

 

Bagaimana ia berfungsi?

Pengguna boleh duduk atau pun baring di atas pelapik khas berelektrod yang disediakan. Sejurus digunakan, BIOS 9000 akan bertindak merangsang peredaran aliran darah ke seluruh tubuh. Alat ini mengguna pakai aplikasi voltan arus elektrik untuk meransang fungsi pencernaan, menyahtoksik dan membaik pulih sel-sel serta menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Ia juga membantu meneutralkan kandungan asid dalam darah ke tahap Ph yang normal agar pesakit kembali sihat. Setiap sesi hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dan boleh ditambah mengikut keperluan.

BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu untuk:

  • Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
  • Membersihkan kotoran dalam saluran darah
  • Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal
  • Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
  • Membantu membina sel-sel baru

Testimonial:

“Saya telah mendapat ramai kawan di pusat terapi in, saya berasa sungguh bertuah dan beruntung, kerana menggunakan BIOS 9000. Ia telah mengubah hidup saya.”

Jamilah Yassin, 51
Pengguna / Pemilik produk sejak 2006

“Sejak mencuba mesin medan elektrik BIOS 9000 pada 2005, saya kembali normal, boleh beribadat, berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer setiap hari, memanjat bukit,tidak keletihan dan injap jantung pulih seperti sedia kala”

Mat Sah Anang Tan, 63
Pengguna / Pemilik produk sejak 2005

“Selepas diperkenalkan dengan BIOS 9000, kesihatan saya pulih dalam tempoh enam bulan dan kini boleh berjalan selama 20 minit, bersenam dan tiada lagi serangan angin ahmar”

Shakri Wahit, 69
Pengguna produk sejak 2007

“Sukar untuk dipercayai, saya rasa amat segar dan bertenaga. BIOS 9000 produk yang sungguh berkesan”

Zulkifli Md. Sies, 52

“Saya bebas dari ubat-ubatan, Produk BIOS 9000 terbukti kesahihannya dan rawatan percuma di Pusat Terapi amat saya hargai. Terima kasih Alpha One!”

Pn. Norzaridah, 52

“Selepas 3 bulan menggunakan mesin ini, doktor mengesahkan saya sihat dan tidak memerlukan ubat malah boleh memandu kenderaan. Kejang otot pun tiada lagi. Saya rasa kembali muda”

Sakinah Md Nor, 46
Pengguna produk sejak 2008

“Satu pelaburan yang amat berfaedah. Kami percaya kepada keutuhan produk BIOS 9000. Peningkatan kesihatan yang baik amat ketara. Jangan berlengah lagi, dapatkan produk ini dengan segera untuk penjagaan kesihatan yang terbaik”

Haji Md Isyak bin Haji Md Jah, 73
Hajah Zaiton binti Haji Khatib, 73
Pengguna / Pemilik produk sejak 2008

Untuk keterangan lanjut, sila layari http://alphaone.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *