Khasiat Spirulina Yang Perlu Anda Ketahui

Salam semua, hari ini saya menceritakan pasal khasiat spirulina. Apakah spirulina ini?

Pernahkah anda mendengar sejenis alga yang diberi nama SPIRULINA? Alga ini sangat berkhasiat untuk diambil dan dikategorikan sebagai Multi-Vitamin. Dari manakah alga ini muncul dan dikaji khasiatnya?

ASAL USUL SPIRULINA

Pada era 1960-an, terdapat sebuah kaum yang tinggal di tepi danau Cad Afrika yang digelar kaum Ganimu. Diceritakan, kekuatan fizikal mereka sangat hebat dan mendapat gizi yang baik dalam kehidupan mereka.

Pada tahun 1963, Professor Perancis Crammond mengkaji tentang bagaimana kaum Ganimu mendapat gizi yang mencukupi dan kekal sihat sepanjang hayat. Apabila dikaji, didapati kaum Ganimu gemar memakai sejenis alga berwarna hijau (Spirulina) yang terdapat di dalam danau di kawasan itu. Dari situlah bermulanya penyelidikan tentang Spirulina dan penggunaannya telah meluas ke serata dunia. (Sumber : di sini)

Sejarah Spirulina juga dikatakan telah bermula pada kurun ke-16 dimana kaum Aztech telah mengamalkannya sebagai makanan harian mereka yang diambil dari Danau Texcoco. (Sumber : di sini)

KANDUNGAN SPIRULINA

Mengandungi Beta Karotin untuk menguatkan penglihatan.

Mengandungi Vitamin B-12 (25 kali lebih banyak dari hati lembu) yang membantu untuk membentuk sel darah merah dalam sum-sum tulang.

Mengandungi Zat Besi untuk membantu menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh.

Klorofil (warna hijau) bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai anti-penuaan.

Karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti-oksidan dan anti-kanser dalam tubuh.

KHASIAT SPIRULINA

  • Bertindak sebagai anti virus
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
  • Menurunkan risiko kanser
  • Menaikkan imunisasi tubuh
  • Meneutralkan keracunan dalam ginjal
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat di dalam usus yang membantu proses pencernaan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dalam dan luar
  • Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
  • Membantu mereka yang terdedah pada radiasi
  • Mengatasi kelemahan tubuh badan bagi pengidap kencing manis
  • Bahan pengganti khusus bagi kanak-kanak yang kurang gemar makan sayur

Kolam penternakan Spirulina

Jadi, pada mereka yang tiada masa nak bersenam, corak pemakanan yang mudah, atau yang kurang makan sayur, saya syorkan makanlah spirulina. Setakat ini yang saya selidik, elken spirulina yang terbaik dari segi kualitinya. Harganya mahallah sikit, tapi kesannya amat bagus.

Jom cuba.

This entry was posted in Panduan Kesihatan and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Khasiat Spirulina Yang Perlu Anda Ketahui

  1. Angel Zya says:

    Inilah khasiat Spirulina bagi sesiapa penggemar Spirulina.

  2. shima says:

    thanks for the great info……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>