Khasiat Kunyit Yang Perlu Anda Tahu

By | 28/01/2011

Salam semua. Hari ini saya nak bercerita mengenai khasiat kunyit. Saya bermaksud di sini ialah kunyit hidup.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.

Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

12 thoughts on “Khasiat Kunyit Yang Perlu Anda Tahu

  1. mat isa b hamid

    Saya ada dapat cerita orang tua melayu, kunyit boleh juga digunakan untuk menyempitkan faraj dengan cara sepotong kunyit (1 inci kira-kira)di tumbok dan dimasukkan ke dalam kain putih bersih (buat macam rempah sup bunjut- kecil sudahlah), diikat dengan tali yang agak panjang, kemudian dimasukkan ke dalam faraj, biarkan beberapa jam (kalau boleh semasa tidur malam)esok pagi baru buang, ditarikh keluar dengan tali tadi. Agak-agak you logik tak? You cuba selidik lagi. Ok. Apapun I amat berterima kasih pada you kerana banyak petua yang diberi. Kerja baik you hanya Allah saja yang boleh membalasnya. I ambik petua-petua you untuk simpanan bagi kegunaan sendiri, kaum keluarga, kawan-kawan dan sesiap saja yang memerlukannya. Mohon diizinkan. Terima kasih

  2. Admin Post author

    Dipersilakan tuan. Sama-sama. :-)

  3. jahsalmi

    saya nak tanya sikit you tahu tak jika seseorang itu di tumbuhi bisul di dalam perut dan menyebabkan perut itu bocor agak agak you tahu tak apa untuk ubatan herbanya terimakasih

  4. Admin Post author

    Salam. Jarang dengar bisul di dalam perut. Lebih kurang maksudnya, buang darah kotor agaknya. Atau mungkin ulser agaknya. Sebaiknya gunakan air kunyit hidup – jika ulser / luka. Atau boleh juga gunakan kaedah bekam untuk buang darah kotor.

  5. Gee

    Ada yang mengatakan, jika minum kunyit setiap hari boleh mengakibatkan sakit kuning. Saya sendiri kurang pasti apakah sakit kuning yang dimaksudkan itu ialah jaundis. Apa komen you. Tq.

  6. Admin Post author

    Jangan minum selalu. Sekadar perlu sahaja.

  7. deary

    salam,
    boleh saya tahu cara yg bagaimana kunyit boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti merendahkan cholesterol n blood sugar serta melawan cancer. nk tau mcm mna pengambilannya.. tq

  8. kamal

    saya pernah mengalami gout. selepas minum air kunyit, sakitnya reda. dan kini saya tidak lagi menggunakan ubat penahan sakit, hanya minum air kunyit. sukatannya ialah setengah sudu kunyit dimasukkan ke dalam dua cawan air panas, minum ketika agak sejuk.

  9. sineh

    saya sentiasa mengamalkan minum air kunyit di campur dengan daun sirih, asam jawa, gula merah atau gula, sebiji buah manjakani semasa haid. saya akan minum selama empat hari sebelum tidur, kesannya badan saya tidak rasa penat, tiada bau darah yang kurang menyenangkan semasa haid, tidak pernah mengalami kesakitan seperti senggugut dan awet mudah. anda bole cuba

  10. norlinda bt husin

    1. saya amalkan juice kunyit seminggu 2 atau 3 kali seminggu. penyebab saya meminum juice kunyit sebanyak satu sudu makan adalah kerana saya selalu terasa sakit di bahagian hempedu/hati(tak pasti). setelah mengambilan selama 2 bulan saya tidak lagi merasa sakit dibahagian itu dan kekerapan saya membuang air kecil yg tak lawas pun sudah seperti biasa. untuk pengetahuan ,saya tidak makan mana ubat dari doktor.

    2.adakah betul jika saya mengambilnya dalam masa yang panjang akan membuatkan darah dalam badan saya akan kekeringan sebagaimana orang orang tua kata…tq

  11. zadidi

    salam semua kunyit boleh menyembuh sakit dalam contoh luka di dalam bisul……membunuh sel kanser selamat mencuba

  12. Effaeman

    Salam,

    Sekadar berkongsi..saya sedang menggunakan serbuk kunyit buatan sendiri dicampurkan dengan beras pulut kisar untuk disapukan pada muka. Kulit muka saya sangat berminyak. Kesannya muka saya kurang berminyak, jerawat dah tak tumbuh lagi dan terasa tegang. Petua2 lama ni buatkan saya gembira kerana harganya yang murah dan kesannya yang menakjubkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *