Kelebihan Zikir Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahhil Azhim

By | 28/04/2011

Salam semua, hari ini saya nak berkongsi kelebihan zikir Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahhil Azhim.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:

Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam zikir yang lain pula:

……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah)

Berzikir sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP (syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin.

“…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan”

Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf dari manusia.

Sumber: nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/22/subhanallah-wabihamdihi/

 

10 thoughts on “Kelebihan Zikir Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahhil Azhim

  1. Muhammad

    Salam , saya ingin tanya. .ayat ‘subhanallah’ boleh tak kita guna kalau melihat benda yang buruk ?
    contoh : saya tgk video yg menghina islam , lepas tu saya post kt fb. .then captionnya saya tulis subhanallah . .boleh ka ?

  2. Admin Post author

    Ayat ‘subhanallah’ digunakan untuk memuji Allah. Kalau kes tengok video tu, bacalah ‘astaghfirullah….’ dan berdoa pada Allah agar memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka itu. Sewaktu Nabi Muhammad SAW berdakwah ke kota Thaif, beliau dicerca dan dibaling batu oleh penduduk Thaif, namun beliau tetap mendoakan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah. Ini pandangan saya, mungkin pandangan orang lain (yang lebih extreme) mungkin tak sama.

  3. dedy alfian

    sangat berguna bagi diri dan orng lain,trimakasih yg membuat Kelebihan Zikir, semoga allah,swt akan memberikan hidayah kepada mu,amien

  4. Azhar Zainuddin

    Salam

    Kelmarin ada satu ceramah Maulid di masjid Bagan Lebai Tahir Butterworth oleh Ust Dr Nursalam Al hafiz.Beliau cerita tentang satu malam Imam Ahmad Hambal dalam satu musafir sakit kakinya sampai terpaksa bermalam di satu pekan.Kemudian Imam Ahmad pun nak tumpang tidur di masjid pekan itu tapi beliau dihalau oleh siak masjid tersebut.Kemudaian ada seorang hamba Allah mempelawa Imam Ahmad menumpang bermalam di rumahnya.Kemudian setelah berehat dibilik tumpangan,Imam Ahmad terdengar tuan rumah tadi bertTASBIH semalaman sambil menyiapkan roti(tauke roti rupanya tuan rumah ni).Setelah pagi Imam Ahmad bertanya sudah berapa lamakah amalan beliau bertasbih sambil buat roti ini?Tuan rumah menjawab sudah lama dah.Kemudian Imam Malik bertanya “apa kelebihan yang kamu perolehi dari amalan tersebut?” Tuan rumah tadi menjawab “Saya mendapat macam2 KELEBIHAN antaranya usaha saya menjadi dan doa2 saya semuanya dimakbulkan Allah kecuali satu doa aje.” Imam Ahmad bertanya apa doanya? Lantas dijawab”saya nak sangat2 berjumpa IMAM AHMAD HAMBAL. Dgn tersenyum Imam Ahmad menjawab sayalah Ahmad Hambal! Subhanallah,rupanya Imam Ahmad dihalau dari masjid utk berjumpa dgn tuan rumah tersebut.Mudah2an ada manafaat utk kita.Wallahualam

  5. Amin

    Boleh bagi dalam bentuk tulisan Arab.

  6. Akmal

    Assalamua’laikum,zikir ini,namanya zikir apa?sbb sy nk download zikir ini,tapi tak tahu tajuk.

  7. Admin Post author

    Zikir Subhanallah Wabihamdihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *