kehebatan-al-ikhlas

Teknik Mudah Murah Rezeki, Rumah Bebas Dari Jin Syaitan

0

Assalamualaikum wrb,

Kali ini, saya nak beritahu teknik mudah murah rezeki dan mengusir jin syaitan dari rumah anda.

Bacalah Surah Al-ikhlas sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni More >

istighfar di miorbiz dot com

Istighfar dan Kelebihannya

2

Assalamualaikum semua,

Hari ini mungkin agak lambat ana nak berkongsi panduan agama untuk anda. Allah dah bukakan hati ana untuk menceritakan kesedaran dan kefahaman mengenai istighfar dan kelebihannya. Ya, memang ramai yang dah tahu, namun adakah menghayatinya dan mengamalkannya secara istiqamah?

Istighfar bantu umat Islam sucikan hati, dibuka pintu rezeki

APABILA berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini.

Satu daripadanya, amalan istighfar untuk memohon keampunan Allah sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang More >

al-ikhlas

Al Ikhlas dan Kelebihannya

0

Assalamualaikum semua,

Lamanya tak berjumpa kan! Ana sibuk sikit uruskan hal sekolah dan takaful. Ok, kali ini ana nak kongsi surah Al-Ikhlas yang mudah dibaca dan mempunyai fadhilat-fadhilat yang amat-amat tinggi. Surah ini selalu di amalkan oleh waliyullah Tok Kenali.

 

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran

At-Tabrani dan an-Nu’aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya More >

perut buncit

Teknik Berkesan Kempiskan Perut Buncit

0

Salam semua. Berkongsi beberapa teknik untuk kempiskan perut buncit. Jika anda seorang yang mempunyai perut buncit, elok amalkan teknik-teknik ini. Mudah, murah dan berkesan.

Apa tekniknya? Ok, begini….mula-mula

 

Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)

1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.

2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.

3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

 

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)

1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)

2. Amalkan minum More >

Children-healthcare

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

2

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

  More >

Go to Top